RSS

INGIN MENCARI KEREDHAAN ALLAH..: UkhuwahFillah

INGIN MENCARI KEREDHAAN ALLAH..: UkhuwahFillah: "Rasa sayang membuat kita bahagia… Rasa percaya membuat kita yakin… Rasa kecewa membuat kita menangis… Rasa cinta terkadang terasa pahit… T..."

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

~Hati yang dilukai, bolehkah diubati?~

~untuk renungan bersama~

  • Aku rasa, aku begitu banyak kelemahan. Aku banyak buat silap. Aku banyak dosa.
  • Aku telah buat banyak perkara yang menyakiti hati. Menyakiti dan melukai hati orang lain. Tanpa aku sedari barangkali…
  • Entahlah, walaupun tiada niat sikitpun dihati ini untuk menyakiti hati sesiapa pun. Tapi dek kerana kelemahan dan kekurangan, ada orang telah terluka hati. Terluka hati kerana aku. Kerana  kelemahan dan ketidakperihatinan diri aku.
  • Walau aku rasa, diri aku tidak bersalah. Namun bagi pihak orang yang terluka, akulah orang yang paling bersalah. Akulah yang patut dipersalahkan…sepenuhnya.
  • Tidak, tidak, aku tidak ingin membicarakan siapa salah atau siapa betul? Aku bukan mahu menegakkan benang yang basah. Bukan ingin menagih simpati. Bukan begitu niatku.
  • Aku sedar, aku akui, aku terima hakikat, memang aku telah buat orang terluka. Luka yang dalam. Tersangat dalam mungkin…barangkali.
  • Mampukah aku mengubati hati yang dilukai??? Bolehkah aku rawati hati yang dilunyai???
  • Aduhai lemahnya diriku. Bercakap pandai, nak buat  tak tahu. Menulis hebat, nak ambil tindakan, lesu dan layu.
  • Lagak aku seperti counselor, petah berbicara, pendapat diminta sentiasa. Namun, rupanya aku juga punya masalah yang sukar dicerita.
  • Hati  yang dilukai, bolehkah dirawati?
  • Cukupkah hanya perkataan maaf disebut dan diucap berulangkali? Terubatkah hati dengan ucapan ampun maaf ikhlas dari hati?
  • Atau kemaafan diberi, namun hati yang dilukai tidak pernah melupai. Kemaafan diberi, namun parut dihati kekal abadi?
  • Aku terus bermuhasabah mahu koreksi diri, perbaiki diri. Mahu ubati hati yang dilukai.
  • Namun hingga saat ini, tiada lagi jalan yang aku temui…
  • Aduhai…sukar sungguh hidup ini…

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

Terpaksa melepaskanmu....

Aku merasakan ini adalah terbaik buat diriku...
demi merelakan hati,aku terpaksa tabahkan hatiku...
hanya ALLAH s.w.t sahaja yang mengetahui perasaanku di saat itu....
Walaupun sudah 3 tahun something kita berpisah,aku tetap menyayangi dan mencintaimu...
Sampai hari dan saat ini aku masih belum jumpa penggantimu...
Puas aku bertanya pada diriku "kenapa la die special sangat kt kau?apa yang ada pada die ek???"...
tapi aku tetap xdapat jawapannya.....
Sedangkan dia sudah berpunya yang lain tapi kerana bodohnya aku,aku tetap menunggu die....sehinggalah 13/6/2011.jam10.36p.m..aku memberanikan untuk menghantar mesej kepada si WMA(nama singkatannya)...kataku,"boleh tak awak hantar mesej kt saya dan katakan yang dia BENCI aku" tapi katanya "apa sebab??"...AKu merayu kepadanya dan dia hantar mesej tersebut..hmm..actually tujuan aku buat sumer tu adalah cara aku nak lupekan die....insyaALLAH dengan izin TUHAN yang maha BERKUASA.....
Selepas dari tu,aku mengatakan kepadanya mungkin ni mesej terakhir dari aku untuknya dan aku tidak akan menggangu hidupnya lagi. Semoga hidupku dan hidupnya diberkati ALLAH s.w.t.....insyaALLAH.

  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS

kek batik satu-satunya favouriteku..

hmm..sejak aku duk blaja jauh ni,mmg xsempat la nak makan apa yang aku nak....almaklum la,kat hostel tak boleh nak masak,nak makan g beli kedai...kadang-kadang cam kempunan je nak makan something yang aku nak makan...so,sini aku nak share resepi dan cara nak buat kek tu...p/s:jangan lupe buat ea...grenti sedap!!hihi


RESEPINYA:

1 bungkus biskut marie
Setengah buku butter
2 biji telur
1 cwn serbuk koko
1/2 cwn milo
1 cwn air
3/4 cwn gula
milo dan koko tu terpulang pd citarasa. nak rase cokelat yg kuat..gune 1 cwn koko+1/2 cwn milo.nak rase yg agak mild,gune 1cwn milo+1/2 cwn koko



CARA MEMBUATNYA:


  1. patahkan biskut mencari kepingan kecil
  2. dalam periuk, campurkan koko,milo,air,gula. Dengan api sederhana, kacaukan sampai semua dah larut
  3. masukkan butter,kacau sampai butter cair
  4. kecilkan api, masukkan telur..kacau sampai agak2 pekat (lbh kurang 30 saat).padamkan api
  5. masukkan pula biskut yg dah dipatahkan tadi.kacaukan sampai semua biskut dh di selaputi cokelat.(sukatan biskut terpulang pd citarasa. kalo nak byk cokelat gune sket ajer...)
  6. masukkan dlm loyang..tekan2 sket bg padat.simpan dlm peti sejuk sebelum dipotong dan dihidang

 SELAMAT MENCUBA!!!








  • Digg
  • Del.icio.us
  • StumbleUpon
  • Reddit
  • RSS